Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Ibu bapa wajib daftar MySejahtera ketika hantar anak ke tadika

KUCHING, MEI 19: Pendaftaran menggunakan aplikasi MySejahtera oleh ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke tadika diwajibkan bermula 17 Mei 2021.

Demikian menurut Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Menurutnya, dengan tindakan itu, ibu bapa bukan sahaja memendekkan waktu pendaftaran anak-anak tetapi mereka juga akan dimaklumkan melalui notifikasi atau pesanan mesej WhatsApp bahawa mereka berada di kawasan berdekatan titik panas COVID-19.

“Selepas menerima maklumat berkenaan, ibu bapa boleh membuat keputusan untuk mengelak daripada menghampiri kawasan titik pana,” tambahnya.

Ini sekali gus menjadi salah satu langkah terbaik dalam usaha menjaga keselamatan diri, anak-anak, pendidik dan operator tempat anak mereka bersekolah.

“Saya gembira kerana semua tadika ini patuh kepada SOP dan sebelum kelas bermula, guru dan pengasuh telah diagih tugas supaya pematuhan oleh ibu bapa dan kanak-kanak dilakukan,” kata Fatimah.

Sebanyak 184 tadika di seluruh Sarawak telah dibenarkan beroperasi oleh kementeriannya susulan permohonan ibu bapa yang bertugas sebagai barisan hadapan dan dalam sektor perkhidmatan perlu.

Bagaimanapun ibu bapa diingatkan bahawa pematuhan garis panduan adalah amat ditekankan dan mereka tidak boleh bersikap sambil lewa dalam memutuskan penularan wabak COVID-19.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan