Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bedah Siasat Akan Dilakukan Selepas Keputusan COVID-19 Diperoleh

Jasad seorang lelaki yang meninggal dunia selepas terperangkap lebih dua jam dalam sebuah kereta di hadapan sebuah pasaraya di Jalan Batu Kawa, Kuching pada Isnin, hanya dapat dibedah siasat selepas keputusan ujian calitan COVID-19 didapati.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan, DSP Lim Jaw Shyong ketika dihubungi kru TVS berkata hasil pemeriksaan dalam kereta tersebut tidak menemui sebarang senjata atau petunjuk pergaduhan dan pergelutan.

“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar tempat kejadian, lelaki berkenaan (si mati) bersama perempuan tersebut telah berada di dalam kereta lebih kurang dua jam sebelum pihak polis dan bomba tiba di tempat kejadian,” ulasnya.

Pemeriksaan lanjut ke dalam kereta berkenaan turut menjumpai lapan tin kosong minuman keras.

Seorang lagi mangsa yang merupakan seorang wanita berusia 38 tahun kini masih bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi, Hospital Umum Sarawak.

Menurut sumber, kedua-dua mangsa ini dipercayai keracunan gas karbon monoksida.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan