SYARIKAT telekomunikasi AT&T mengumumkan telah memeterai perjanjian gabungan di antara syarikat multinasional, WarnerMedia dan Discovery yang berpangkalan di New York.
Pemeteraian tersebut melebarkan lagi persaingan diantara studio-studio terbesar penstriman digital yang lain seperti Netflix, Amazon Prime Video dan Disney.
Ini menjadikan syarikat AT&T bakal mencipta penstriman digital gergasi yang baru.
Menurut AT&T, David Zaslav akan menjadi presiden dan CEO bagi mengemudi syarikat gabungan tersebut.
Lembaga tersebut akan diwakili 13 orang ahli dimana 7 daripadanya adalah wakil dari AT&T dan selebihnya adalah wakil dari Discovery termasuk Zaslav.
Zaslav turut percaya gabungan ini akan membezakan gergasi penstriman digital yang lain seperti Disney+ dan Netflix dengan memberi kandungan digital yang berlainan seperti info berita dan sukan.
Selain itu, mereka juga akan memperkenal media hiburan atau ‘TV Show’ global yang berkualiti setanding ‘Harry Potter’ dan ‘Game of Thrones’.
Menurut sumber, AT&T memiliki CNN, HBO dan Warner Bros selepas memiliki Time Warner sebelum dijenamakan semula kepada WarnerMedia.
Manakala, saluran Discovery memiliki rancangan Animal planet, TLC dan the Discovery Channel.
Di Malaysia, penstriman digital didominasi oleh Netflix, Amazon Prime Video Youtube, Disney+ dan kandungan digital tempatan.
Dengan termeterainya gabungan AT&T, WarnerMedia dan Discovery, gabungan penstriman digital yang baru ini mungkin akan menembusi industri hiburan dan info untuk Malaysia dan bakal bersaing dengan gergasi hiburan yang lain.