KUCHING: Kemudahan Pasar Kota Padawan Batu 10 akan dinaik taraf bermula 17 Mei 2021 dan mengambil masa selama 2 bulan untuk siap.
Antara kemudahan yang akan ditambah baik adalah seperti penyediaan kipas siling, serta tandas awam.
Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang pada Isnin turut menyerahkan tender kepada kontraktor terlibat.
Katanya, ini merupakan usaha kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam menyediakan prasarana yang baik kepada rakyat.
Beliau turut mengingatkan para pengusaha gerai di pasar terbabit untuk mengemukakan sebarang cadangan kepada MPP jika terdapat keperluan untuk penambahbaikan.
[Berita penuh menyusul]