Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kebakaran kedua dalam tempoh kurang seminggu di Mukah

Selepas insiden kebakaran yang memusnahkan tiga buah rumah di Kampung Masjid, Balingian, Mukah pada Rabu lalu, hari ini penduduk di sekitar kawasan itu digemparkan lagi dengan satu kebakaran yang melibatkan sebuah rumah di Kampung Mateding Kecil, Balingian, Mukah. Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Sibu, Janggan Muling berkata sejurus pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 9:30 pagi, seramai lapan anggota bersama seorang pegawai terus digerakkan ke lokasi kejadian.

Mangsa kini dikatakan tinggal bersama jiran terdekat di kawasan itu. Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan