Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Legasi Raya Tetap Diteruskan!

ByDayang Sorfina

Bukan seperti episod-episodnya yang lain, Legasi Seni Raya kali ini akan membawa suasana Aidilfitri di Sarawak kepada anda. Bersama tetamu-tetamu jemputan seperti Ana Mardiana, Norafizah Busman dan Mal Imran yang akan menyerikan lagi Raya kedua anda.

Dalam episod Legasi Seni edisi Raya ini, memaparkan lagu terbitan sendiri daripada Yume Suryani, komposer Galvin Patrick dan juga Alia Tenor sebagai penulis lirik yang berjudul ‘Joget Di Pagi Raya’. 

Yume (tengah) bersama Alia (Kanan) dan barisan ahli musik.

Menurut Yume, lagu ini mengimbau kembali kemeriahan hari raya sebelum wabak COVID-19 melanda negara kita. 

Walaupun lagu ini mengingatkan kita tentang suasana sebelum COVID-19, ianya mempunyai elemen yang gembira dan mengetengahkan bakat anak-anak muda kita dalam berkarya dan menonjolkan sisi-sisi kreatif mereka yang tersendiri. 

Di belakang tabir sesi temubual Yume bersama artist-artist yang lain.
Hari terakhir rakaman bersama kru-kru belakang tabir.

Turut membuat kemunculan ialah lagu terbitan Luqman Muhammad iaitu Sinaran Lebaran. Lagu yang telah diberi nafas baru yang berunsur pop jazz ini merupakan lagu Luqman yang pertama pada 2019. 

Kata Luqman, lagu ini merupakan sebuah projek yang santai bersama rakan-rakannya dan tidak menyangka mendapat sambutan yang positif daripada orang ramai. 

Jom kita berhibur pada raya kedua ini dengan Legasi Seni Raya pada 14 Mei, jam 6.15 petang, hanya di saluran 122, TVS dan myTV la!

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan