Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
砂新增395病例 2死亡

COVID-19 Sarawak: Dua kematian, 395 kes

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak melaporkan 395 kes baharu COVID-19 pada hari ini, dengan 254 atau 64.30 peratus daripada jumlah kes tersebut dikesan di Miri, Sri Aman, Kuching dan Bintulu.

Ini meningkatkan jumlah keseluruhan kes kepada 37,121.

Dua kes kematian melibatkan jangkitan COVID-19 dilaporkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada hari, untuk meningkatkan lagi jumlah kematian terbabit kepada 214.

Kes kematian ke-213 adalah kes ke-32,946 yang melibatkan seorang perempuan warga emas tempatan berumur 71 tahun yang telah mendapatkan rawatan di Hospital Sibu kerana mengalami kesakitan pada bahagian dada dan perut selepas seminggu kurang selera makan.

Kes kematian ke-214 adalah kes ke-25,017 yang melibatkan seorang lelaki juga warga emas tempatan berumur 79 tahun.

Beliau mendapat rawatan di Hospital Sibu kerana mengalami kesesakan pernafasan, gejala demam, batuk dan kurang selera makan sejak beberapa hari lalu.

Satu kluster baharu diisytiharkan iaitu Kluster Jalan Lilin di Taman Tunku, Miri, iaitu kluster komuniti yang dikesan melibatkan satu majlis sambutan harijadi.

Manakala satu kluster telah ditamatkan iaitu Kluster Sanyan, Sibu.

Sebanyak 83 kluster masih aktif, dengan 10 kluster merekodkan 102 penambahan kes baharu manakala 73 kluster lagi tidak merekodkan penambahan kes.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan