Pandelela Rinong, ratu terjun negara yang berasal dari Sarawak telah membawa sinar buat skuad terjun negara apabila meraih pingat emas acara 10 meter (m) platform individu wanita di kejohanan terjun Piala Dunia FINA 2021 pada Khamis yang lepas.
Menurut Pandelela Rinong, latihan amatlah terhad mengikut SOP semasa pandemik COVID-19. Itulah cabaran yang perlu diharunginya sebelum menyertai kejohanan terjun tersebut. Beliau juga mengatakan bahawa sokongan daripada keluarganya dan rakan-rakan telah memberikan semangat kepadanya katanya dalam Pagi Era Sarawak.
Baca lagi artikel menarik mengenai >>> PKP Dilaksana Di Seluruh Negara
Pandelela, Leong Mun Yee, Wendy Ng Yan Yee, Nur Dhabitah Sabri dan Jun Hoong bakal menggalas cabaran negara dalam acara terjun di temasya Sukan Olimpik Tokyo yang dijadualkan pada 23 Julai hingga 8 Ogos ini.