KUCHING, MAY 6: Pemenang pingat emas di Kejohanan Piala Dunia Terjun FINA 2021, Pandelela Rinong mendedahkan beliau tidak menyedari kemenangan beliau semalam ekoran bergegas ke tandas sebaik terjunan terakhir.
Disebabkan terlalu gementar dan takut untuk tahu keputusan, Pandelala juga seakan-akan “bersembunyi” di tandas dan hanya menyedari akan kemenangan beliau setelah dihubungi jurulatihnya.
“Yang maklumkan kepada saya tentang kemenagngan saya tu coach saya sebab saya tak tengok skrin sebab takut.
“Saya buat terjunan terakhir dan tunduk kepada juri kemudian pergi ke tandas,” katanya ketika dihubungi TVS di sini sebentar tadi.
Jelasnya ratu terjun negara itu, beliau telah melakukan yang terbaik tetapi masih tidak berpuas hati kerana baginya terjunan kali terakhir beliau tidak sebaik yang sebelumnya,
“Tapi mengikut jurulatih saya, sudah cukup baik (terjunannya) untuk saya menjadi juara jadi saya kata OK saya akan perbaiki selepas ini dan terus lari ke tandas,” sambungya lagi.
Beliau turut melahirkan rasa teruja dan bangga atas kejayaannya semalam kerana telajh mencapai sasarannya untuk meraih emas untuk tahun ini.
“Ya, ini emas pertama saya untuk tahun ini.. sebelum ini pingat gangsa di Wuhan, China dan Perak di Rio, Brazil,” katanya yang bertekad untuk memenangi emas di setiap pertandingan selepas ini.
Beliau turut menzahirkan penghargaan buat semua yang menyokongnya selama ini dari “susah hingga senang’>
Semalam, Pandalela sekali lagi telah melakar sejarah dan mengharumkan nama negara Malaysia di peringkat dunia dengan meraih pingat emas acara 10 meter (m) platform individu wanita di kejohanan Sukan Olimpik terjun Piala Fina 2021 yang berlangsung di pusat Akuatik Tokyo.
Anak jati Sarawak berusia 28 tahun itu mempamerkan terjunan baik dan kemas melalui tujuh terjunan dengan mengumpul 355.70 mata menerusi kemas dan lengkap. Beliau juga pernah meraih pingat gangsa pada sukan Olimpik pada tahun 2021 di London dan menduduki tempat keempat
Beliau juga telah menewaskan pihak tuan rumah iaitu Matsuru Arai yang telah mendapat ke dua dengan mengumpul mata sebanyak 342. Manakala penerjun dari Kanada telah mendapat tempat ketiga dengan mengumpul sebanyak 338.55 mata.