Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Abdul Hamid Serah Tongkat Kuasa KPN Kepada Acryl Sani

ByEekbal Yusuf

KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini menyerahkan tugas dan Tongkat Kuasa Ketua Polis Negara kepada Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, di sini.

Majlis serah terima tugas jawatan nombor satu Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu, disaksikan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ismail Mohamed Said.

Acryl Sani akan memulakan tugas sebagai Ketua Polis Negara berkuatkuasa esok.

Pelantikan Acryl Sani mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan nasihat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis.

Tongkat Kuasa jawatan berkenaan diserahkan kepada Acryl Sani sambil disaksikan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan