Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PKP Menyeluruh Sukar Dilaksana Di Sarawak

ByEekbal Yusuf

KUCHING: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh tidak sesuai dilaksana di Sarawak disebabkan banyak kekangan seperti saiz negeri dan bilangan keanggotaan barisan hadapan.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak sudah pasti mempunyai pendekatan terbaik untuk memerangi Covid-19 daripada terus menular di negeri ini.

“Walaupun keputusan rasmi belum dikeluarkan, JPBN Sarawak mungkin tidak mengmumkan PKP secara menyeluruh di seluruh negeri ini.

“Agak sukar untuk melaksanakan PKP di Sarawak kerana negeri ini begitu besar selain bilangan anggota barisan hadapan juga kurang untuk menjaga seluruh negeri,” katanya ketika ditemui pada Program Jerayawara Bubur Lambuk Saberkas Cawangan Pantai Damai di Kampung Rampangi Fasa 1.

Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) menjelaskan, JPBN Sarawak sudah pasti akan mengetatkan lagi penguatkuasaan dan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 di negeri ini.

“Kalau penguatkuasaan dan SOP diketatkan, kita dapat mengawal penularan COVID-19,” ujarnya.

Menurutnya, JPBN Sarawak juga mewujudkan Pusat Sehenti COVID-19 di Dewan Masyarakat MBKS yang menggabungkan 12 agensi peringkat negeri dan persekutuan.

“Peranan pusat ini adalah mengumpul segala maklumat seragam dan memudahkan proses perhubungan.

“Kalau berjaya, pusat ini akan dibuka di bahagian lain di Sarawak,” jelasnya.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan