“Kau buat aku tenang, tapi pada masa yang sama, kau buat aku rasa bosan”
Begitulah pendapat Amir Jahari terhadap Andrey Arifianto, Challenger TVSTARZ yang telah membawa lagu ‘Di Persimpangan Dilemma’ yang dipopularkan oleh Nora.Â
Â
Meskipun dilontarkan komen pedas pada konsert kelima tempoh hari, Andrey tetap tersenyum dan kelihatan tenang menerima komen Amir dengan hati yang terbuka. Mungkin juga disebabkan pengalamannya yang pernah banyak memasuki pertandingan nyanyian di Indonesia.Â
Â
Walau bagaimanapun, juri tetap Yudhi Seriestha telah memuji persembahan Andrey yang disifatkannya sebagai cukup menghiburkan. Manakala Ernie Zakri pula memuji kemampuan Andrey untuk menyanyi dengan nada suara yang berbeza mengikut kesesuaian lagu yang diberi.
Â
Namun, Andrey tetap selesa menduduki tempat kedua dengan 230 markah keseluruhan daripada ketiga-tiga juri, hanya kurang tiga markah berbanding Jalee untuk menjadi juara konsert minggu kelima.Â
Â
 Jalee turut mendapat perhatian para juri dengan lagunya “Di Dalam Sepi Itu” di mana ketiga-tiga juri sifatkan sebagai “dibawa dengan penuh emosi”. Menurut Jalee, lagu Allahyarham Sudirman itu telah mengingatkannya akan mendiang rakan baiknya yang telah meninggal pada tahun 2015.Â
Â
Kehadiran Angel, Challenger terbaru yang berasal daripada Filipina telah merampas kedudukan yang keempat daripada Dream Team dengan 214 markah.
Â
Guru vokal, Valerie, pula nampaknya gagal mempertahankan takhtanya di tempat pertama apabila jatuh pada zon bahaya iaitu tempat kelima pada minggu ini menerusi lagu Masterpiece nyanyian asal Jessie J.Â
Â
Mampukah The Dream Team mengekalkan kedudukan selesa mereka dalam rancangan realiti terbitan TVS ini atau adakah mereka akan diganyang oleh peserta-peserta Challenger terutamanya dari luar negara?Â
Sama-sama kita tonton secara langsung konsert TVSTARZ setiap Selasa, jam 8.30 malam di Saluran 122 Astro dan myFreeview.