Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar Hiasan

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak Terima Bonus

BySalasiah Safian

KUCHING: Kerajaan Negeri Sarawak bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Aidil Fitri dan Gawai Tahun 2021 kepada semua gred pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Sarawak, bantuan khas sebanyak RM500.00 (lima ratus ringgit) itu akan dibayar pada bulan Mei 2021, sebelum menjelang Hari Raya Aidil Fitri dan Gawai yang akan datang.

“Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negeri dan negara menghadapi tempoh yang penuh cabaran ini,” kata kenyataan berkenaan, pada Rabu.

Kerajaan berharap Bantuan Khas Aidilfitri dan Gawai Tahun 2021 dapat meringankan beban kewangan pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak serta menjadi insentif kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan