Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Finas Tawar Dana Kepada Syarikat Produksi Tempatan Bagi Tingkatkan Kandungan Kreatif

ByEekbal Yusuf

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) menawarkan Dana PELAKSANA 3.0 Kenegaraan kepada syarikat produksi tempatan bertujuan meningkatkan penghasilan karya kandungan kreatif bertemakan kenegaraan.

Unit Komunikasi Korporat Finas dalam kenyataan memaklumkan tawaran dana itu juga berupaya menjana semula ekonomi industri kreatif yang terkesan akibat COVID-19.

“Inisiatif dana ini ditawarkan kepada syarikat produksi tempatan untuk menerbitkan karya bagi slot khas di platform stesen televisyen bertemakan kenegaraan melibatkan kategori penerbitan drama bersiri mini (lapan episod) dan supertelemovie,” menurut kenyataan itu.

Selain itu Finas turut menawarkan Dana Program TV/OTT (over-the-top) dengan kerjasama Media Prima kepada syarikat produksi tempatan yang melibatkan penerbitan supertelemovie.

Ia bertujuan meningkatkan kandungan kreatif tempatan dan penontonan di platform penyiar OTT serta memperbanyakkan pemilikan hak cipta kandungan dalam kalangan penerbit tempatan bagi penjanaan keuntungan pada masa hadapan.

Permohonan bagi dua dana tersebut telah dibuka semalam hingga 25 Mei 2021 melalui pautan https://www.finas.gov.my/prisma/dana-pelaksana-3.html dan https://www.finas.gov.my/prisma/dana-program-TVOTT.html.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan