MENYEDARI populariti bubur pedas di Sarawak selain untuk mengekalkan resipi tradisi turun-temurun keluarganya, seorang graduan bioteknolgi Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) menggunakan kemahiran dan kepakaran yang ada padanya untuk menginovasi produk yg diilhamkan daripada makanan.
Selain rasanya yang enak, bubur pedas juga mengandungi pelbagai rempah ratus yang bermutu sekali gus menjadikannya sebagai hidangan yang berbeza daripada bubur biasa.
Hal ini telah mencetus ilham buat pemilik induk bubur pedas, Awang Muhammad Izzat Al Hadi Awang Salleh untuk menghasilkan induk bubur pedas dengan ramuannya yang tersendiri di Kampung Seberang Sarikei.
“Resipi diwarisi oleh mak kamek and untuk membuatnya mengambil masa dua hari, hari pertama ya untuk mengupas semua bahan-bahan masakan yalah contoh, halia, kunyit hidup, semua ya perlu dikupas dalam masa hari pertama ya. And then, untuk hari keduak ya adalah hari mengaruk, orang madah mengaruk ya untuk mengeringkan induk bubur pedas yalah supaya nya betul betul kering and then kita boleh simpan induk bubur pedas ya dalam masa yang lamak”
Menurutnya, bagi mengekalkan keaslian induk bubur pedas itu dan memastikan ia dapat bertahan lebih lama, proses memasak induk bubur pedas mengambil masa sehingga 12 jam.
“Kamek orang mula pukul 8.00 pagi and habis dalam pukul 8.00 malam cam ya lah, dekat dekat mauk isya macamnya memangnya dah selesai, kita simpan.
“Bila dah simpan dalam kontena besar ya, kita akan terus, kita akan packing, packaging ya dalam paket 200gram yang macam toklah and yang tok, yang kamek orang juallah di sarawak mahu di semenanjung malaysia dan jugak di sabah”
Yang menariknya, penghasilan induk bubur pedas juga mengandungi 15 ramuan, terdiri daripada rempah ratus herba yang terpilih selain mempunyai rasa yang lebih berempah, menjadikannya sebagai sajian yang cukup menyelerakan apabila dimakan ketika berbuka puasa.
Menurutnya, dia tidak menyangka cubaan suka-suka pada awalnya telah membawa kepada sambutan memberangsangkan sehingga mendapat pesanan dari luar Sarawak; dari Sabah sehingga ke Semenanjung tambah-tambah lagi apabila menggunakan laman sosial untuk tujuan promosi produk jualannya.
Anak jati Sarawak ini turut melahirkan rasa bangga kerana berpeluang mempromosikan nama Sarikei dan Sarawak kepada masyarakat luar melalui makanan tradisional tersebut.