Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
pasar sibu

Pasar Tamu Sibu Jaya Beroperasi Seperti Biasa Namun Hanya Dibenarkan Menjual Barangan Makanan

SIBU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) masih membenarkan pasar basah dan kering di Pasar Tamu Sibu Jaya beroperasi seperti biasa.

Peniaga bagaimanapun hanya dibenarkan beroperasi menjual barang yang berkaitan dengan makanan sahaja.

Ia susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat p-k-p-b khas di sibu sehingga 26 april 2021.

Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu MDLBS Sempurai Petrus Ngelai  memberi jaminan bahawa MDLBS akan menerapkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat untuk mengekang penyebaran jangkitan Covid-19.

“SOP diperketatkan di mana peniaga dan pelawat perlu mengimbas mysejahtera atau mengisi buku log sebelum masuk ke pasar tamu selain diwajibkan mengambil suhu badan.”

Sementara itu, bilangan peniaga yang berniaga di pasar tamu tersebut juga dikawal.

Pasar tamu itu akan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 2 petang setiap hari.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan