Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Covid: Empat Lagi Kluster Baharu Diisytihar Di Sarawak

KUCHING, 19 April – Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak hari ini mengisytiharkan empat lagi  kluster baharu COVID-19 di negeri ini iaitu kluster Sungai Anus di daerah Selangau, kluster Sungai Selitut di Tatau, kluster Sungai Passin di Matu dan kluster Sungai Duan di Mukah.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataannya hari ini memaklumkan kesemua kluster itu adalah kluster komuniti yang dikesan di rumah panjang.

Menurut kenyataan itu, kluster Sungai Anus dan kluster Selitut masing-masing melibatkan satu rumah panjang, kluster Sungai Passin melibatkan empat buah rumah panjang manakala kluster Sungai Duan melibatkan tujuh rumah panjang.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kluster yang masih aktif di negeri itu kini sebanyak 49.

Hari ini Sarawak merekodkan 589 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 24,529 kes manakala jumlah kematian meningkat kepada 140 berikutan tiga kematian baharu dilaporkan hari ini.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Berita Berkaitan