Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak Tangguh Program Libatkan Kehadiran Fizikal Pemimpin Negeri Selama Dua Minggu

ByEekbal Yusuf

KUCHING: Kerajaan negeri Sarawak menangguhkan semua program melibatkan kehadiran fizikal pemimpin negeri termasuk Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg selama dua minggu bermula hari ini.

Menurut satu surat yang diedarkan kepada semua kementerian, pejabat residen, ketua jabatan dan badan berkanun yang ditandatangani Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Jaul Samion, arahan sama turut terpakai kepada  penjawat awam yang tidak dibenar mengadakan mesyuarat secara fizikal sepanjang tempoh tersebut.

Jaul berkata arahan itu dikeluarkan selaras keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri pada 15 April susulan peningkatan kes COVID-19 di Sarawak.

“Mana-mana acara atau program yang dijadual untuk dianjurkan termasuk melibatkan Ketua Menteri adalah ditangguhkan dalam tempoh dua minggu ini (bermula hari ini),” katanya, menambah perjalanan keluar daerah juga tidak dibenarkan kecuali untuk keperluan mendesak dan mendapat kebenaran ketua jabatan.

Semalam, Sarawak mencatat kes baharu harian tertinggi iaitu 960 kes, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 di negeri itu sebanyak 22,920 kes.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan