Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Norkiah

Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Norkiah, Isteri kepada bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak ke-6 Meninggal Dunia

KUCHING: Puan Datuk Patinggi Hajah Norkiah, Isteri kepada bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak ke-6, Tun Pehin Sri Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dilaporkan meninggal dunia petang tadi.

Allahyarhamah, 72 tahun, dilaporkan menghembus nafas terakhir di Hospital Umum Sarawak sekitar jam 12.02 minit tengah hari tadi setelah mengalami komplikasi strok dan pendarahan pada bahagian otak sejak 3 April lalu.

Ketika hayatnya, beliau sangat dikenali dengan sifat ramah dan rendah diri.

Sebagai pengiktirafan ke atas sumbangan kepada pendidikan anak-anak luar bandar, kerja amal serta kebajikan terutama melibatkan anak yatim, sebuah kolej di Sibu dan sebuah rumah anak yatim telah dinamakan sempena nama beliau pada tahun 2016.

Allahyarhamah mendirikan rumah tangga bersama Tun Pehin Sri Muhammad Salahuddin pada tahun 1996 dan telah mengambil empat anak angkat.

Jenazah Allahyarhamah disemadikan di tanah Perkuburan Islam Semariang .

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan