Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Alisa Spencer Hanya Sempat Dua Minggu di Pentas TVSTARZ

BARU sempat dua minggu dalam rancangan terbitan TVS, TVSTARZ, peserta challenger iaitu Alisa Spencer terpaksa pasrah apabila tersingkir dari pentas persembahan. 


Walaupun kelihatan tenang apabila diumumkan oleh pengacara JayC Ho yang beliau terkeluar, Alisa yang membawa lagu Unbreak My Heart terpaksa merawat hati yang remuk dengan hanya 151 markah dari ketiga-tiga juri. 


Gadis kelahiran Kuching yang membawa lagu Toni Braxton itu dikatakan kelihatan bertungkus-lumus cuba membawa lagu tersebut namun ketiga-tiga juri iaitu Ernie Zakri, Yudhi Seriestha dan Amir Jahari nampaknya tidak begitu berpuas hati dengan persembahannya.


Ernie berpendapat bahawa Alisa terlalu cuba menjadikan dirinya tampak seperti Toni Braxton manakala Yudhi pula mengatakan suara Alisa hampir tidak sampai membawa lagu tersebut. 


Minggu lepas, Alisa telah merampas tempat seorang peserta dari The Dream Team iaitu Lydbie yang tersingkir pada konsert yang ketiga.


Seorang challenger baru iaitu Nia Mia telah menjadi challenger baru pada konsert semalam dengan membawa lagu Samar Bayangan. 


Guru vokal iaitu Valerie Thiam menjuarai konsert minggu ini semalam dengan jumlah markah sebanyak 232 menerusi lagu Kamu dan Kenangan nyanyian asal Maudy Ayunda.

Tags: #bm, TVSTARZ

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan