Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ramadan bazaar drive thru

Sik Ada Bazar Ramadhan? Sikda Masalah! Drive-thru Bazar Ramadhan Kan Ada..

MIRI: Pembatalan penganjuran Bazar Ramadhan di beberapa daerah di Sarawak ekoran penularan Covid19  membuatkan peniaga-peniaga beralih kepada sistem pandu-lalu atau bazar ramadhan pandu lalu atau “drive-thru”.

Pengerusi Persatuan usahawan Anak Sarawak, telah mengambil inisiatif membantu peniaga yang terkesan pendapatan mereka dengan menganjurkan bazar pandu lalu di Coco Cabana, Miri

Menurut Pengerusi Persatuan Anak Sarawak Khalid Ashari, objektif drive thru bazar di Coco Cabana ini adalah untuk sedikit sebanyak dapat membantu peniaga-peniaga kecil di dalam menjalani kehidupan sepanjang pandemik COVID-19.

“Seperti mana kita tahu, peniaga-peniaga kecil ni banyak yang terkesan lah jadi dengan adanya drive thru bazar ini, sedikit sebanyak dapat menambah pendapatan golongan peniaga kecil.

“Meskipun cara tersebut dianjurkan bagi bantu jana pendapatan, para peniaga, serta pengunjung hendaklah mematuhi sop yang telah ditetapkan bagi bantu mengurangkan peningkatan kes covid-19 di daerah tersebut,” katanya kepada TVS.

Menurut beliau, SOP yang diadakan di bazar drive thru tersebut adalah secara pandu lalu iaitu setiap kenderaan yang masuk akan membeli secara pandu lalu dan tidak perlu keluar dari kenderaan untuk beratur bagi membeli dan membuat pembayaran.

“Jadi SOP yang kami mulakan iaitu dari pintu masuk drive thru iaitu setiap kereta yang masuk dikehendaki menggunakan MySejahtera dan suhu badan. Drive thru ini juga sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa was was pembeli di kalangan pembeli yang kadang-kadang takut untuk membeli barangan di luar,” terangnya lagi.

Sementara itu, para peniaga yang ditemui ketika jualan tersebut turut meluahkan perasaan kecewa tetapi tetap bersyukur dengan adanyaa bazar ramadhan pandu lalu tersebut.

Bagi peniaga yang ditemui, Julia Abdul Lamit, dia redha dengan keputusan untuk tidak menganjurkan Bazar Ramadan pada tahun ini.

“Kamek rasa sedih lah sebab bazar ramadan tahun tok sik ada. Di samping ya bagus juak sebenarnya sikda sebab penyakit masa pandemik COVID tok kan. Kamek harap, macam kamek berniaga tok nak macam berdepan dengan orang, kamekorang cepat mendapat vaksin supaya senanglah berdepan dengan orang lagipun mudahan, kamek berdoa lah mudahan COVID-19 tok cepat pergi dari bumi tok. Jadi senang lagi kita. Dah lah tahun tok Ramadan sik ada, Bazar Ramadan sik ada,” ujarnya.

Bazar pandu lalu tersebut menempatkan sebanyak dua hingga ke lima buah gerai dan mula dibuka pada pukul 4 petang hingga 8 malam bertempat di Coco Cabana, MIri.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan