Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Peserta Malaysia TVSTARZ Tidak Hairan dengan Penyanyi Indonesia

KEWUJUDAN challenger Indonesia Andrey Arifianto sedikit pun tidak menggentarkan peserta TVSTARZ dari Malaysia kerana mereka percaya pada kemampuan dan bakat sendiri walaupun Andrey mempunyai ramai pengikut dan peminat. 


Andrey yang berasal dari Atambua, Nusa Tenggara Timur, mempunyai pengikut yang ramai di media sosial.
Video ‘cover’ lagu penyanyi popular Malaysia Datuk Seri Siti Nurhaliza, oleh Andrey mendapat jutaan tontonan di YouTube. 

Challenger Indonesia Andrey Arifianto


Menurut Eyqa, dia tidak melihat Andrey sebagai cabaran terdekat baginya kerana vokal Jazper dan Valerie juga baginya amat bagus.
Cuma baginya Andrey sangat bertuah kerana mendapat lagu yang sesuai dengan vokalnya iaitu Di Persimpangan Dilema nyanyian asal Nora Ariffin yang akan dinyanyikan pada konsert keeempat minggu hadapan.


Merasakan dirinya ada peluang 50-50 untuk menjuarai TVSTARZ, Eyqa yang sendiri mempunyai pengalaman memasuki pelbagai pertandingan nyanyian bagaimanapun berkata dia tidak boleh terlalu selesa dan yakin.


Valerie Thiam yang dikenali dengan kelantangan vokalnya juga berpendapat peserta Malaysia tidak sepatutnya terasa tercabar dengan adanya Andrey kerana baginya orang-orang Malaysia juga mempunyai bakat yang hebat dan setaraf dengan penyanyi seberang.
“Tipulah kalau tak rasa tercabar kerana Andrey memang ada bakat luarbiasa dengan kebolehannya membawa lagu Datuk Siti Nurhaliza  tapi kami juga mempunyai kebolehan tersendiri cuma perlu diberi peluang dan digilap,”katanya.


Bagi Jalee, beliau lebih nampak Jasper sebagai saingannya dan bukan Andrey kerana baginya Jazper mempunyai kelebihan dari segi vokalnya yang unik dan versatile.


“Ya, Andrey mempunyai kelebihannya membawa lagu Datuk Siti dengan caranya yang tersendiri tetapi masing-masing ada kelebihan masing-masing jadi saya tidak rasa tergugat.


“Bagi saya penyanyi Indonesia dan penyanyi Malaysia sama saja dari segi bakat dan kemampuan jadi kita perlu yakin dengan kebolehan sendiri dan tidak perlu bimbang hanya kerana artis tersebut dari Indonesia,” tambahnya.

Adakah benar peserta-peserta Malaysia dari The Dream Team akan berjaya membuktikan penyanyi Indonesia bukan saingan mereka? 
Sama-sama kita tonton secara langsung konsert TVSTQRZ setiap Selasa jam 8.30 malam di Astro Saluran 122 dan MyFreeview Saluran 122. 

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan