Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
shane tvstarz

Tertutup Satu Pintu, Terbuka Pintu Yang Lain Buat Shane

ByDayang Sorfina

Tidak cukup persediaan, kurang penghayatan dan pengetahuan lagu adalah antara komen yang telah diberikan juri kepada Shane sebelum beliau tersingkir baru-baru ini di konsert TVSTARZ yang bertemakan Lagu Klasik P.Ramlee. 

Walaupun tersingkir, Shane atau nama sebenarnya Siaw Fatt Shen, 21, bersikap optimis dan tetap tersenyum kerana baginya peluang ada di mana-mana dan dia beruntung diberi peluang untuk menyertai DREAMTEAM TVSTARZ.

Ramai yang akan bersetuju bahawa zaman kegemilangan mereka adalah masa persekolahan. Namun begitu, Shane bukanlah antara mereka yang tergolong dalam golongan itu.

Diejek dan dipersenda hanya kerana perwatakannya yang dikatakan ‘lembut’ telah menyebabkan Shane hilang keyakinan diri. 

Mempunyai bakat terpendam dalam nyanyian, hal ini telah disedari oleh guru kaunselingnya, Cikgu Bangga. Cikgu Bangga merupakan pendorong Shane untuk menyertai pertandingan nyanyian. Secara tidak langsung ianya telah menaikkan semula semangat Shane yang telah terkubur sebelum ini. 

Dengan niat dan semangat yang baru, Shane mula bergiat aktif melibatkan diri dalam persembahan tarian dan nyanyian.

Beliau turut menyertai Kelab Pembimbing Rakan Sebaya bagi membantu mereka yang senasib dengannya. 

Bukan sahaja pandai menyanyi, malah Shane juga pandai menjahit kostum. Demi mengasah kebolehannya, Shane serta rakan-rakan yang lain telah menjahit kostum seperti Mee Kolok, Pontianak, Roti Canai dan sebagainya sempena acara Hari Guru di sekolah. 

Kalau korang nak tahu, Shane pun pandai berlakon dan terserlah ketika konsert TVSTARZ! Beliau turut menunjukkan berbagai emosi dan perlakuan yang mencuit hati. Memang betul-betul serba boleh! 

Konsert TVSTARZ pada tempoh hari juga telah menyerlahkan Jalee yang mendapat 253 markah merangkul tempat pertama minggu ini, dengan lagunya ‘Getaran Jiwa’.

Mampukah Jalee mempertahankan kedudukannya di tempat pertama? Atau akan jatuh tersungkur di tangga yang kebawah?

Nantikan kesudahannya di Konsert TVSTARZ yang akan datang! Setiap Selasa, pukul 9.00 malam, hanya di TVS saluran 122, Astro dan myFreeview, serta di halaman utama TVS di Facebook dan Youtube.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan