MIRI: Penduduk Sarawak dijangka akan dapat menikmati kelajuan internet yang lebih berkesan dengan terbinanya lebih 1,200 menara komunikasi meningkatkan kadar penembusan jalur lebar antara luar bandar dan bandar menjelang 2022
Menara itu akan dilengkapi peranti yang membolehkan penghubungan di antara satu titik dengan titik lain.
Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata Sarawak akan membangunkan 600 menara telekomunikasi manakala Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pula akan membangunkan 686 menara di bawah inisiatif jalinan digital negara (jendela).
Katanya, ini bermaksud Sarawak akan memiliki lebih 1,200 menara telekomunikasi termasuk yang dibina meliputi kawasan strategik di Sarawak.
“Apabila kita bercakap tentang penghubungan ini, paling penting ialah isyarat telekomunikasi yang kuat tanpa sebarang gangguan. Landskap mulu yang banyak bukit bukau menyebabkan gangguan isyarat, sebab itu apabila kita mahu mendirikan menara ia mesti berada di lokasi memiliki isyarat yang stabil.
“Selain itu, bentuk muka bumi serta keluasan sarawak turut menjadi cabaran kepada kerajaan untuk membina menara telekomunikasi di luar bandar,” katanya ketika ketika majlis pelancaran Sarawak Rural Broadband Network (MYSRBN) di sini semalam.
Bagaimanapun, kerajaan negeri di bawah Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) akan meneruskan usaha untuk meningkatkan jurang jalur lebar di luar bandar.
“Kelajuan internet di keseluruhan bangunan Mulu Marriot Resort juga akan ditambah untuk kemudahan pelawat.
“Dengan adanya internet berkelajuan tinggi di mulu, maka usaha untuk mempromosi sektor ekonomi dan pelancongan mampu dilakukan lebih agresif,” tambahnya lagi.