Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

30 Pengasas Muda Sertai Program Mentor TEGAS

ByFreddy Bohari

Hab Inovasi Digital (HID) Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS), yang dibiayai Kerajaan Sarawak, baru-baru ini melancarkan buat julung kalinya Program Mentor Pengasas Belia (PMPB), selari dengan dasar kerajaan negeri untuk menggalakkan keusahawanan dan inovasi digital.

Seramai 30 anak Sarawak telah dipilih untuk menyertai program maya selama enam bulan dari Mac hingga Ogos 2021 ini via FutureLab, sebuah platform mentor atas talian.

PMPB dianjurkan khusus bagi pengasas pemula yang muda dan berpotensi tinggi di Sarawak, selain pelajar institusi pengajian tinggi dan graduan baharu.

Kebanyakan peserta adalah pelajar semasa dan bekas pelajar Universiti Swinburne Sarawak, Universiti Curtin Malaysia, Centre of Technical Excellence (CENTEXS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Institut Rekaan Fesyen Antarabangsa (Indonesia) dan Universiti Campbell (Amerika Syarikat).

Program ini memadankan dan menghubungkan pengasas pemula muda (mentee) dengan pakar industri dan mentor usahawan berpengalaman dari Malaysia, Indonesia dan Singapura, melengkapkan pengasas pemula muda terbabit dengan ilmu pengetahuan tentang keusahawanan selain memberi maklum balas mengenai pelan dan idea perniagaan mereka untuk membina usahawan yang cekal dan tahan lama.

Ia juga menyediakan peserta untuk Hari Demo Maya di mana mereka akan diberi peluang untuk memperkenalkan diri kepada pelabur berpotensi, agensi pembiayaan, dan rakan ekosistem selain mengambil bahagian dalam Makmal Pemula TEGAS (Accelerator), Accelerator Impak Sosial, dan Sarawak Shell Livewire.

“Kita percaya kepada pelaburan untuk membina anak-anak Sarawak yang berbakat bagi memacu pertumbuhan di negeri kita. TEGAS akan terus menyokong dan memperkasakan syarikat pemula tempatan untuk mencapai tahap global, menerusi Kampung Digital TEGAS yang akan siap tidak lama lagi dan dijangka dilancarkan oleh YAB Ketua Menteri pada pertengahan tahun ini,” kata Pengerusi TEGAS, Datu Len Talif Salleh, yang juga Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak.

DIH memberi akses kepada pendidikan keusahawanan dan program pencepatan perusahaan selain akses kepada jaringan Ekosistem Digital Sarawak.

Pengerusi TEGAS, Datu Len Talif Salleh, yang juga Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan