Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Petugas Barisan Hadapan Di Wilayah Sempadan Thailand Akan Diberi Vaksin

BANGKOK- Thailand memperuntukkan 800,000 dos vaksin COVID-19 untuk anggota barisan hadapan termasuk pegawai keselamatan di sempadan utara negara itu bagi menghadapi kemungkinan kebanjiran pelarian Myanmar serta mengekang penularan wabak itu.

Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 Thailand (CCSA) Dr Apisamai Srirangsan berkata Kementerian Kesihatan Awam akan mengedarkan vaksin tersebut kepada kawasan berisiko di wilayah utara negara itu susulan laporan bahawa pelarian Myanmar menyeberangi sempadan.

“Anggota barisan hadapan sentiasa berkontak rapat dengan orang yang melintas sempadan. Oleh itu, mereka perlu menerima suntikan vaksin dengan secepat mungkin,”  katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini hari ini.

Terdahulu, media tempatan Myanmar melaporkan tentera negara itu melancarkan serangan udara di wilayah Karen Ahad lalu menyebabkan sehingga 3,000 penduduk kampung melarikan diri ke dalam hutan dan menyeberang ke Thailand.

Semalam, Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha berkata negaranya sedia memberi perlindungan kepada pelarian Myanmar atas prinsip kemanusiaan.

Dalam pada itu, Dr Apisamai berkata 100,000 penduduk Phuket akan diberi suntikan vaksin sebelum pulau peranginan itu menerima kedatangan pelancong bermula 1 Julai ini.

Phuket bercadang mengecualikan kuarantin mandatori kepada pelancong asing yang telah diimunisasi masuk ke negara itu bagi membantu memulihkan industri pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

“Ini bagi memastikan keselamatan penduduk tempatan dan pelancong asing yang masuk ke negara ini,” katanya.

Pihak berkuasa pelancongan Thailand menjangka sekurang-kurangnya 10,000 pelancong melawat Phuket pada suku ketiga tahun ini.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan