Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lelaki Maut Dalam Kebakaran di Sibu

SIBU: Seorang lelaki maut apabila terperangkap dalam kebakaran membabitkan dua blok rumah kayu yang terdiri daripada 14 unit di Jalan Tiong Hua, hari ini, lapor Utusan Borneo Online.


Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Johnathan semasa dihubungi berkata, mayat mangsa ditemui sekitar pukul 7:00 pagi.


Katanya, setakat ini identiti mangsa belum diketahui dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Sibu untuk tindakan lanjut.


Sementara itu, kejadian kebakaran membabitkan dua deretan rumah kayu yang dibina pada zaman penjajah dipercayai berlaku sekitar pukul 2:00 pagi.
Insiden tersebut dipercayai bermula daripada sebuah rumah yang terletak di Lorong 11.


Api kemudian merebak ke bahagian rumah kayu lain selepas ditiup oleh angin.


Penduduk turut mendakwa api merebak dengan pantas memandangkan hampir 100 peratus struktur bangunan tersebut adalah kayu.

Seorang mangsa, Ling Chong Seng, 56, mendakwa beliau menyedari kejadian itu setelah terdengar bunyi bising di luar rumah.

-gambar kredit Sarawak Viral


Terdahulu, Ling bersama ahli keluarganya yang lain sedang tidur.


Tersentak dengan kejadian itu, Ling kemudian segera berlari ke luar rumah untuk mencari anaknya yang berumur lima tahun.
Mujur anak mangsa berjaya diselamatkan jirannya.
Selain itu, pasukan perubatan yang bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan turut membantu merawat Ling yang melecur di bahagian baho.


Ling tinggal di rumah kayu ketiga (dalam satu blok) bersama isteri dan tiga orang anak mereka.
Dua daripada anaknya berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) berusia lima tahun dan seorang dewasa.
Anak bongsu lelaki mangsa pula berumur dua tahun.

Terdapat seorang lagi penyewa tinggal bersama keluarga Ling tetapi menyewa di tingkat bawah.
Bomba kini menyiasat punca kejadian serta menganggarkan jumlah kerugian akibat insiden kebakaran tersebut.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan