Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
syamel ernie nikah tvstarz

Ernie-Syamel Selamat Diijabkabul

Juri TVSTARZ Erni Zakri, 29, telah selamat diijabkabul hari ini bersama pasangannya penyanyi popular Syamel.

Beberapa jam sebelum itu, Ernie telah menimbulkan tanda tanya apabila memuatnaik video seolah-olah ‘pre-wedding” yang memberi bayangan bakal akan berkahwin dengan pasangan duetnya yang berusia 28 tahun itu.

Difahamkan Ernie telah selamat dinikahkan dengan pasangannya, penyanyi popular Syamel dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Puncak Alam, Selangor itu.

Majlis pernikahan pasangan ini diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri 20 ahli keluarga terdekat bagi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly, menyerahkan mas kahwin RM300 dan seutas gelang tangan berlian berserta lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak perempuan.

Penyanyi lagu Gundah itu menerusi akaun Instagramnya juga telah berkongsi bacaan doa sebaik sah bergelar isteri Syamel yang juga merupakan pasangan duetnya.

Ernie dan Syamel telah mengikat tali pertunangan pada 15 Ogos lalu selepas mula rapat ketika menyertai program realiti, Duo Star, pada 2017.

Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri , 29, telah merangkul anugerah vocal terbaik pada Anugerah Juara Lagu yang ke-32 baru-baru ini.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan