Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Penguatkuasaan Larangan Melombong Emas Diperketatkan

ByTVS

KUCHING: Polis akan mengeratkan lagi kerjasama dengan Pejabat Residen dan Pejabat Daerah dalam usaha menambah baik penguatkuasaan di kawasan tumpuan kegiatan melombong emas secara haram di sekitar daerah Bau, lapor Utusan Borneo

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata perkara tersebut adalah susulan insiden seorang lelaki yang maut dalam insiden runtuhan batu dan tanah di satu lubang di Gunung Tabai, Bau pada Rabu.

Menurutnya, tindakan segera perlu diambil agar insiden tersebut tidak berulang.

“Kita akan berurusan dengan agensi bertanggungjawab untuk mengisytiharkan kawasan tersebut sebagai kawasan larangan dan mana-mana yang didapati berada di situ akan ditangkap kerana kesalahan menceroboh.

“Buat masa ini, saya telah mengarahkan Ketua Polis Daerah Bau menutup kawasan tersebut untuk orang ramai,” katanya ketika ditemui pemberita pada perbarisan sempena sambutan Peringatan Hari Polis Ke-214 peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, hari ini.

Beliau selain itu menambah, tindakan tersebut diambil juga adalah untuk keselamatan orang ramai.

“Mereka melombong secara haram dan kita khuatir mereka juga tidak memperaktikan elemen keselamatan yang nanti akan membahaya mereka sendiri, justeru, adalah lebih baik tindakan menutup kawasan ini diambil, untuk mengelak berlakunya insiden yang tidak diingini,” katanya.

Pada Rabu, seorang lelaki dikenali sebagai Mat Tapa, 25, dari Kampung Bijuray, Bau terkorban akibat tertimbus di dalam lubang di Gunung Tabai.

Mangsa pada petang Selasa dikatakan bersama dua lagi saudaranya masuk ke dalam lubang tersebut untuk melombong emas apabila berlaku runtuhan menyebabkan mangsa tertimbus.

Dua lagi mangsa dilaporkan berjaya menyelamatkan diri dan terus mendapatkan bantuan.

Usaha mengeluarkan mayat mangsa dari dalam lubang tersebut semalam oleh pasukan penyelamat bagaimanapun menemui jalan buntu dan ditangguh sekitar jam 5 petang dan disambung semula hari ini.

Difahamkan, Gunung Tabai yang terletak berhampiran Kampung Bidi, Bau sebelum ini telah digazetkan sebagai kawasan larangan dan dijadikan Taman Negara.

Terdahulu dalam menyampaikan amanat Ketua Polis Negara,  Aidi turut mengingatkan semua anggotanya untuk terus bekerjasama dalam apa jua keadaan terutama ketika negara masih berdepan dengan pandemik Covid-19.

Sementara itu, pada majlis itu beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada 10 pegawai lain-lain pangkat atas kejayaan dalam operasi yang dilakukan.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan