
KUCHING: Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Media Group (SMG), Suhaimi Sulaiman dilantik sebagai Profesor Adjung Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi Pusat Kajian Media & Komunikasi (MENTION).
Lantikan itu sah bermula dari tahun 2021 sehingga tahun 2023.
Antara lain yang turut dilantik adalah TYT Ban Ki-Moon sebagai Profesor Adjung di Pusat Kajian Sejarah, Politik & Hal Ehwal Antarabangsa (SPHEA), Dato’ Seri Wong Chun Wai dilantik sebagai Profesor Adjung di Pusat Kajian Bahasa & Linguistik (PKBL) dan Dato’ Lee Mok Foong sebagai Profesor Adjung di Pusat Kajian Pembangunan, Sosial & Persekitaran (SEEDS).