Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sibu Kenal Pasti 48 Pusat Pemindahan Banjir

ByEekbal Yusuf

SIBU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu mengenal pasti 48 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir yang akan diaktifkan apabila terdapat keperluan, kata Pengerusinya Charles Siaw.

Siaw yang juga Residen Bahagian Sibu berkata 25 pusat pemindahan terletak di daerah Sibu, 17 di Kanowit manakala enam pusat dikenal pasti di Selangau.

“(Walaupun) pusat-pusat pemindahan ini sudah bersedia dan boleh diaktifkan bila-bila masa, kebimbangan kita pada masa ini ialah pematuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 di pusat berkenaan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pengurusan banjir di sini pada Isnin.

Monsun timur laut dijangka menyebabkan hujan lebat di Sarawak antara Januari hingga Februari tahun hadapan.

Beliau berharap mereka yang terjejas akibat banjir dan dipindahkan ke pusat pemindahan akan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa terlibat bagi mengelakkan penularan wabak itu.

Satu simulasi pemindahan banjir akan dijalankan di Selangau minggu hadapan untuk menyelaras persediaan yang dirancang jawatankuasa berkenaan.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Dr Annuar Rapaee yang menghadiri mesyuarat itu sebagai penyelaras jawatankuasa berkenaan berkata Sibu merupakan kawasan rendah dan sekiranya hujan berterusan akan menyebabkan banjir berlaku.

“Bagaimanapun, ia bukan satu-satunya perkara yang kita bimbangkan. Hujan lebat di hulu Sungai Rajang akan menyebabkan banjir selama dua ke tiga hari. Kita sudah meminta bantuan daripada rakan sejawatan di Kapit untuk memaklumkan kepada kita sekiranya paras air sungai meningkat,” katanya.

Bilik operasi jawatankuasa itu telah diaktifkan dan orang ramai yang memerlukan bantuan untuk dipindahkan boleh menghubungi talian 084-317994, 084-315653, 084332581 dan 019-8472109.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan