Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

DUN N.Sembilan Rakam Takziah Kepada Keluarga Mendiang SJN Baharuddin Ramli

ByEekbal Yusuf

SEREMBAN: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) mendiang Sarjan Baharuddin Ramli yang terkorban semasa bertugas di Pos Sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis, Selasa lepas.

“Sebelum kita memulakan persidangan ini, saya mengambil kesempatan untuk merakamkan takziah kepada mendiang Koperal Baharuddin yang terkorban akibat cedera parah selepas terkena tembakan musuh semasa menjalankan tugas mengawal keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand dalam Op Benteng, 24 Nov.

“Mendiang merupakan anak kelahiran Kampung Sungai Sampo, Air Hitam, Jempol dan telah selamat dikebumikan di Perkuburan Orang Asli, Kampung Sungai Sampo pada tengah hari 25 Nov. Oleh demikian marilah kita bertafakur satu minit untuk memperingati mendiang Sarjan Baharuddin Ramli,” kata Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Zulkefly Mohamad Omar.

 Dalam insiden pada kira-kira 2.30 pagi Selasa itu, Baharuddin, 54, yang dinaikkan pangkat kepada sarjan secara anumerta, terbunuh manakala rakannya Norihan a/l Tari, 39, yang juga dinaikkan pangkat sama secara medan, cedera parah selepas berbalas tembakan dengan sekumpulan penyeludup di lokasi kejadian iaitu kira-kira 600 meter dari pos kawalan TS9 di Padang Besar, Perlis.

Norihan kini sedang menjalani rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan