Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

COVID-19: Seoul Perketat Langkah Pencegahan Hingga Hujung Tahun

ByEekbal Yusuf

SEOUL: Kerajaan Seoul pada Isnin mengumumkan akan memperketatkan lagi langkah-langkah memerangi virus COVID-19 hingga akhir tahun ini, termasuk mengurangkan kenderaan awam pada waktu malam dan melarang perhimpunan lebih sepuluh orang, lapor agensi berita Yonhap.

Langkah itu berkuat kuasa pada Selasa di bawah kempen terbaharu dinamakan “Tempoh berdiam darurat untuk 10 juta rakyat,” berikutan lonjakan kes di Seoul dan bandar-bandar besar yang lain.

Peraturan penjarakan sosial dinaikkan ke Tahap Dua mulai tengah malam Isnin, ketiga tertinggi daripada lima tahap.

Pemangku Gabenor Seoul Seo Jeong-hyup dalam taklimat media secara maya berkata kerajaan bandar raya itu akan menguatkuasakan penjarakan sosial lebih ketat di sepuluh pusat kemudahan, termasuk rumah penjagaan dan restoran.

Di bawah Tahap Dua, perhimpunan melibatkan 100 orang atau lebih adalah dilarang, manakala kelab malam dan lain-lain pusat hiburan berisiko perlu menutup sementara perniagaan.

Restoran boleh dibuka sehingga 9 malam, selepas itu hanya perkhidmatan bungkus atau bawa pulang dan penghantaran dibenarkan.

Pusat sukan dibenarkan beroperasi sehingga 9 malam, dan had pengunjung kemudahan awam tidak melebihi 30 peratus.

Acara sukan pula hanya dibenarkan 10 peratus daripada kapasiti maksimum.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan