Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

244 Kenderaan Untuk Bantuan Logistik COVID-19 – Masidi

ByEekbal Yusuf

KOTA KINABALU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah mempunyai 244 kenderaan yang sedia untuk digunakan bagi tujuan bantuan logistik COVID-19, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.

Masidi yang merupakan jurucakap kerajaan negeri berkaitan COVID-19 berkata daripada jumlah itu, 63 kenderaan digunakan untuk membawa pesakit COVID-19, manakala 12 kenderaan bagi menghantar bakul makanan ke lokasi sasaran.

“Baki 169 kenderaan pelbagai jenis bersedia digerakkan jika perlu,” katanya dalam kenyataan di sini.

Masidi berkata kerajaan negeri telah mengagihkan 208,341 bantuan bakul makanan kepada golongan sasar di seluruh daerah, setakat ini.

Sementara itu, Masidi berkata rakyat Sabah dinasihatkan untuk menjalani ujian saringan dengan kadar segera sekiranya mempunyai kontak rapat dengan individu disahkan positif COVID-19.

Kerjasama semua pihak amat penting bagi memutuskan rantaian COVID-19 dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk mengamalkan norma baharu dalam kehidupan seharian, katanya.

Mengulas perkembangan wabak itu di Sabah, Masidi berkata 311 kes baharu positif COVID-19 direkodkan semalam dan tiga kematian dilaporkan masing-masing di Sandakan, Tawau dan Kota Kinabalu.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan