Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Jabatan Kesihatan AS Enggan Kerjasama Dengan Biden

ByConnie Grace

MOSCOW: Jabatan Kesihatan dan Kemanusiaan Amerika Syarikat (AS) enggan bekerjasama dengan bakal Presiden Joe Biden sehingga Pentadbiran Perkhidmatan Awam (GSA) mengesahkan kemenangan calon Demokrat itu dalam pilihan raya presiden 2020, lapor agensi berita Sputnik.

“Sebaik GSA membuat keputusan, kami akan pastikan kerjasama yang profesional akan dibuat,” kata setiausaha jabatan kesihatan itu Alex Azar pada taklimat media, Rabu.

Katanya, jabatan itu hanya mengikut panduan sedia ada.

“Buat masa ini kami sedang berusaha untuk mendapatkan vaksin yang sedang dibangunkan dan mendapatkan data percubaan klinikal serta menyelamatkan nyawa. Itu yang menjadi tumpuan utama kami sekarang,” tambah beliau.

Ketua GSA Emily Murphy dilaporkan belum menandatangani dokumen yang diperlukan untuk membolehkan permulaan tempoh peralihan dibuat secara rasmi. Justeru, pasukan Biden tidak boleh akses kewangan kerajaan dan bekerjasama dengan badan persekutuan.

Presiden Donald Trump belum mengaku kalah, walaupun kebanyakan media utama di Amerika termasuk Fox News, melaporkan Biden sebagai pemenang. Trump mendakwa banyak berlaku penipuan pada pilihan raya itu.  

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan