COVID-19: UMS Sedia Bantu Saring Sampel, Sediakan Khidmat Pakar Perubatan

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) komited untuk membantu kerajaan negeri melakukan saringan ke atas sampel COVID-19 serta menghulurkan bantuan kepada hospital yang memerlukan khidmat kepakaran perubatan.
Pelari Menara Malaysia Cuba Pecahkan Rekod Dunia Esok

KUALA LUMPUR: Pelari menara nombor dua dunia Soh Wai Ching akan melakukan cubaan mengatasi rekod ‘Guinness World Record (GWR) masa kini untuk cabaran pendakian tangga menegak terhebat dalam satu jam, bagi mengumpulkan dana untuk Persatuan Larian Menara Malaysia.
MINDEF Disaran Tambah Anggota Tentera Di Sempadan Negara

KUALA LUMPUR: Seorang ahli Parlimen mencadangkan Kementerian Pertahanan menambah bilangan anggota tentera yang bertugas di sepanjang garis sempadan Sabah/Sarawak-Kalimantan bagi membanteras kemasukan pendatang tanpa izin ke negara ini.
1,020 Sekolah Dikategori Daif Di Sarawak – Ahli Parlimen

KUALA LUMPUR: Terdapat 1,020 sekolah yang dikategori sebagai daif di Sarawak dengan 415 daripadanya berada pada tahap tersangat daif dan uzur serta perlu dibina baharu, kata seorang Ahli Parlimen dari Sarawak hari ini.
Pemotongan Elaun Ahli Parlimen, Keselamatan Antara Isu Dibahas Di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan) yang memasuki hari keenam di Dewan Rakyat hari ini tertumpu kepada pelbagai isu, antaranya berkaitan pemotongan elaun wakil rakyat, skim subsidi upah bersasar dan pemandu e-hailing.
Situasi COVID-19 Di Seluruh Johor Terkawal – Exco Kesihatan

JOHOR BAHRU: Situasi COVID-19 di seluruh Johor masih terkawal walaupun wujud kluster-kluster baharu kebelakangan ini, dengan terbaharu Kluster Jeri yang melibatkan daerah Kota Tinggi, Mersing dan Muar, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R.Vidyananthan.
Lima Nelayan Pulau Aur Terima Kurniaan Enjin Bot Daripada Sultan Johor

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan mengurniakan enjin bot kepada lima nelayan dari Kampung Teluk Berhala, Pulau Aur, dekat Mersing.
Pengilang Dan PKS Malaysia Harus Kekal Berdaya Saing Susulan Pemeteraian RCEP – ACCCIM

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) — Pengilang-Pengilang Malaysia dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) diminta untuk terus berdaya saing di pasaran antarabangsa selepas pemeteraian Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).
FAM Nafi Laporan M’sia Rancang Tarik Diri Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menafikan dakwaan satu portal bola sepak Kemboja yang mendakwa, skuad Harimau Malaya merancang menarik diri daripada meneruskan baki perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 serta Piala Suzuki AFF.
Polis Sarawak Bersedia Hadapi PRN Dalam Kekangan Sumber – Aidi Ismail

KUCHING: Polis Sarawak telah melakukan segala persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) berdasarkan kekangan sumber termasuk tenaga kerja, berikutan penularan COVID-19, kata Pesuruhjaya Polis negeri Datuk Aidi Ismail.