Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Menteri, Pemimpin Ucap Selamat Hari Deepavali

ByEekbal Yusuf

KUALA LUMPUR: Beberapa menteri kabinet dan pemimpin tempatan hari ini mengambil kesempatan, mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Hindu.

Menteri Kanan (Ekonomi) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerusi Twitternya menyeru agar perayaan itu dapat disambut dengan membudayakan norma baharu, dalam keadaan negara berdepan penularan wabak COVID-19.

“Selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua warga Malaysia yang beragama Hindu. Raikanlah pesta cahaya ini dengan membudayakan norma baharu disamping merapatkan hubungan antara keluarga, rakan-rakan dan jiran kita. Deepavali Nal Valthukal!,” ciapnya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Saifuddin Abdullah menerusi Twitter berkata: “Selamat Hari #Deepavali kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Hindu. Semoga pesta cahaya ini dapat memberi sinar dan kebahagiaan kepada kita semua. Deepavali Nal Valthukal!

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof juga menerusi Twitternya, berharap perayaan itu akan membawa kegembiraan kepada semua yang meraikannya, disamping mengukuhkan perpaduan antara rakyat Malaysia.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali menasihatkan seluruh rakyat agar mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP), bagi mengekang penularan COVID-19 yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan MKN semasa musim perayaan.

“Sambutlah hari yang mulia ini seiring dengan penyesuaian norma baharu,” tulisnya di Instagramnya.

Ketua Pembangkang yang juga Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menyeru penganut Hindu untuk terus tabah dan kuat, kerana terpaksa menyambut pesta cahaya itu dalam suasana negara dilanda COVID-19.

“Perayaan Deepavali pada tahun ini masih dalam suasana wabak, dan ini semestinya memberi kesan aktiviti perayaan…tingkatkan kewaspadaan agar sama-sama kita keluar dari wabak ini dengan jayanya,” katanya dalam hantaran di Facebook.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan