Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PUTRAJAYA, 27 Mac -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bercakap pada Perutusan Khas Pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion di Bangunan Perdana Putra hari ini.
--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

PUTRAJAYA, March 27 -- Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin speaking during Comprehensive People-centric Economic Stimulus Package totaling RM250 billion in Perdana Putra today.
--fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED

Malaysia Yakin ASEAN Mampu Main Peranan Penting Tangani Cabaran Covid-19 – Muhyiddin

ByEekbal Yusuf

KUALA LUMPUR: Malaysia amat yakin ASEAN akan terus memainkan peranan penting bagi menghadapi cabaran pandemik menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif yang dibincangkan oleh banyak mekanisme yang diterajui pertubuhan serantau itu.

Pada sesi pleno Sidang Kemuncak ASEAN ke-37, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata apa yang diperlukan sekarang adalah memastikan inisiatif itu menjadi platform untuk ASEAN sama-sama bekerja dengan rakan kongsi serta pihak berkepentingan luar dalam membasmi dan mengatasi kesan akibat COVID-19 di rantau ini.

“Perkara ini menjadi lebih penting terutama membabitkan pembangunan serta akses terhadap vaksin COVID-19.

“ASEAN mesti berganding bahu dengan pertubuhan antarabangsa yang berkaitan seperti Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan negara lain bagi memastikan vaksin itu, sebaik saja diluluskan, berapa pada harga yang mampu dimiliki, mudah diperoleh serta dapat dikongsikan dengan semua,” katanya.

Perdana Menteri mengetuai delegasi Malaysia pada sidang kemuncak dwitahunan yang berlangsung sehingga Ahad ini dan diadakan secara maya.

Sidang dipengerusikan Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc selaku Pengerusi ASEAN 2020 bertemakan “ASEAN Kohesif dan Responsif” (Cohesive and Responsive ASEAN).

Muhyiddin berkata, Malaysia mengalukan penyertaan rakan kongsi dari luar yang sedia berkongsi kepakaran dan penemuan mereka berkaitan perkara ini.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, penting bagi pertubuhan serantau ini yang kebanyakan anggota adalah dalam kalangan negara membangun, untuk memfokuskan kepada Kerangka Kerja Pemulihan Komprehensif ASEAN.

“Saya gembira melihat cadangan saya pada awal tahun ini yang akan kita sahkan hari ini, menjadi realiti,” katanya.

Kerangka Kerja Pemulihan Komprehensif ASEAN adalah satu daripada tiga dokumen rasmi yang akan dikeluarkan pada sidang kemuncak ini.

Dokumen rasmi lain adalah kajian separuh penggal Wawasan Komuniti ASEAN 2025 dan Rizab Bekalan Perubatan Kecemasan Kesihatan Awam ASEAN.

Beliau berkata, ASEAN seharusnya merangka strategi mengenai pendekatannya dalam memulihkan ekonomi, perdagangan dan pelaburan dengan menerima pakai norma baharu hubungan ekonomi termasuk menerusi teknologi seperti platform digital.

Katanya, pergerakan barangan dan perkhidmatan termasuk operasi infrastruktur kritikal seperti pelabuhan dan lapangan terbang serta rangkaian logistik, masih boleh diakses dan ia dilaksanakan sejajar dengan norma baharu bagi mengekal dan memastikan pertubuhan ekonomi pada saat getir ini.

Muhyiddin berkata, pergerakan penting menerusi Koridor Perjalanan, mesti diberi keutamaan seperti yang sudah dikoordinasikan mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan antara negara anggota termasuk pergerakan orang ramai di rantau ini, kerana ia turut membantu memacu ekonomi.

“Penting bagi pelan pemulihan ekonomi ASEAN untuk bukan saja melihat pertimbangan kewangan, tetapi turut melihat keperluan membentuk perkongsian teguh, sepadu dan ampuh bagi mengekalkan kekayaan jalinan sosial yang menjadi tunjang Komuniti ASEAN,” katanya.

Ujarnya, sudah tiba masa bagi rantau yang kaya dengan sumber semula jadi ini untuk turut melihat kaedah yang boleh dilaksanakan bagi mengukuhkan jaringan keselamatan makanan.

ASEAN, katanya, perlu merebut peluang untuk mengukuhkan sektor berasaskan pertanian di rantau ini tatkala rantaian bekalan makanan global ketika ini terjejas teruk.

Turut serta Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

ASEAN, yang ditubuhkan pada 1967, merangkumi Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, dan Vietnam.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan