Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Agihan Belanjawan 2021 Adil Kepada Rakyat

ByConnie Grace

KUCHING: Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz hari ini, diagihkan secara adil kepada rakyat, kata Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata belanjawan itu dapat membantu rakyat dalam menghadapi bencana COVID-19, selain ia banyak memberi insentif terhadap mereka yang terjejas oleh wabak itu.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kerana peruntukan yang diberikan kepada Sarawak iaitu peruntukan infrastruktur yang berjumlah RM4.5 bilion, serta memberi balik peruntukan untuk menyukat Hak Tanah Adat Bumiputra (NCR),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Anugerah Kewartawanan Kenyalang, pada Jumaat.

Belanjawan 2021 turut memperuntukkan sebanyak RM41 juta bagi program ‘Hak Adat Bumiputera’ di Sabah dan Sarawak.

“Setidak-tidaknya ia dapat membantu Sarawak dalam menghadapi cabaran yang agak sukar, disebalik penularan wabak itu,” katanya.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan