LISBON: Bintang bolasepak Portugal dan Juventus Cristiano Ronaldo disahkan positif COVID-19, menyaksikan pemain berkelas dunia itu terlepas aksi perlawanan Liga Negara-Negara bersama Portugal minggu ini.
Menurut Persekutuan Bolasepak Portugal, ronaldo tidak mempunyai gejala jangkitan sekaligus tidak akan disenaraikan dalam skuad utama menentang sweden awal pagi nanti.
Bagaimanapun dedah badan induk bolasepak Portugal itu, semua pemain yang lain didapati negatif, namun tonggak utama mereka sahaja yang diuji COVID-19.
“Kami mengikuti semua langkah pencegahan… tetapi ia masih terjadi. Kami melakukan ujian setiap hari,” kata pengendali Portugal Fernando Santos.
Pertahanan Juventus Giorgio Chiellini berkata dia ada menghubungi Ronaldo.
“Dia baik-baik saja dan sedang berjemur, dia akan kembali apabila bersedia,” kata Chiellini. – AFP