Dokumentari ini berkisar tentang kehidupan penduduk yang tinggal di sepanjang sungai Rajang, Sarawak. Kedudukan geografinya yang strategik menjadikan sungai ini sebagai sumber ekonomi, pendidikan, perhubungan dan produk pelancongan. Dokumentari ini juga bakal berkongsi kisah suka duka kehidupan masyarakat yang bergantung kepada sungai yang terpanjang di Malaysia ini. Menghilir Rajang untuk musim yang seterusnya ini akan menyajikan kisah-kisah yang berpaksikan kehidupan kaum wanita yang tinggal di sepanjang Sungai Rajang. Kisah-kisah unik kekuatan serta kecekalan kaum wanita di sepanjang Sungai Rajang akan dirungkai di dalam setiap episod dokumentari ini.
Dokumentari ini berkisar tentang kehidupan penduduk yang tinggal di sepanjang sungai Rajang, Sarawak. Kedudukan geografinya yang strategik menjadikan sungai ini sebagai sumber ekonomi, pendidikan, perhubungan dan produk pelancongan. Dalam Episod kali ini Menghilir Rajang akan menyingkap kehidupan masyarakat di perkampungan Long Amo. Kisah kehidupan seharian masyarakat di Long Amo seperti bercucuk tanam dan menangkap ikan akan disingkap di dalam episod ini selain mengupas isu-isu semasa di kawasan Long Amo.