Sarawak sedia guna dana sendiri bina SMK Abang Ali di Sibu

SIBU, 4 Apr: Sarawak bersedia menggunakan dana sendiri bagi membina Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abang Ali di Sibu.
Organisasi bantuan laporkan kemusnahan di Myanmar seminggu selepas gempa bumi

BANGKOK, 4 Apr: Jumlah kematian akibat gempa bumi yang melanda Myanmar seminggu lepas terus meningkat dengan junta tentera yang memerintah pada Jumaat melaporkan penemuan 3,145 mayat setakat ini, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Jambatan baharu versi London Bridge di Sibu

SIBU, 4 Apr: Jambatan baharu di Sibu versi Jambatan London atau London Bridge bakal menjadi realiti apabila Kerajaan Sarawak bersedia memperuntukkan dana bagi merealisasikan pembinaannya.
China akan kenakan tarif tambahan 34 peratus ke atas semua import AS bermula 10 April

BEIJING, 4 Apr: China akan mengenakan tarif tambahan 34 peratus ke atas semua produk yang diimport dari Amerika Syarikat (AS) bermula 10 April, Suruhanjaya Tarif Kastam Majlis Negara mengumumkan pada Jumaat, menurut laporan Xinhua.
Israel guna makanan, bantuan kemanusiaan sebagai senjata di Gaza – Ketua UNRWA

NEW YORK, 4 Apr: Ketua Pesuruhjaya Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Asia Barat Philippe Lazzarini, mengkritik Israel kerana menggunakan makanan dan bantuan kemanusiaan sebagai senjata di Gaza, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
Polis sahkan aktiviti pengorekan tanah sebelum insiden letupan paip gas

SUBANG JAYA, 4 Apr: Polis mengesahkan bahawa kerja pengorekan tanah telah dijalankan berhampiran kawasan letupan paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, beberapa hari sebelum insiden itu berlaku.
Kebakaran Putra Heights: YIDE sumbang pakaian seragam sekolah kepada 194 pelajar terkesan

KUALA LUMPUR, 4 Apr: Sebanyak 194 pelajar yang terkesan akibat kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya menerima sumbangan dua set pakaian seragam sekolah daripada Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) melibatkan keseluruhan RM77,600.
10 maut selepas tanah runtuh timbus 2 kereta di Jawa Timur, Indonesia

JAKARTA, 4 Apr: Seramai 10 individu dalam dua kereta, maut selepas tanah runtuh menimbus kenderaan itu di Wilayah Jawa Timur, Indonesia, kata seorang penyelamat kanan pada Jumaat, menurut laporan Xinhua.
Amaran ribut petir di 8 negeri, KL dan Putrajaya hingga 9 malam

KUALA LUMPUR, 4 Apr: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 malam ini.
Kebakaran Putra Heights: 46 masih dirawat, seorang di ICU – KKM

PUTRAJAYA, 4 Apr: Sebanyak 46 orang daripada keseluruhan 134 mangsa yang terlibat dalam tragedi kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, Selasa lepas masih menerima rawatan di hospital dan klinik.