Ahmad Hata dilantik Naib Canselor UNIMAS yang baharu

KUALA LUMPUR, 3 Jan: Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Profesor Dr Ahmad Hata Rasit dilantik sebagai Naib Canselor UNIMAS yang baharu berkuat kuasa 8 Jan ini.
Wan Junaidi akan adakan kunjungan hormat ke atas Speaker Parlimen Uganda sempena CSPOC

KUALA LUMPUR, 3 Jan: Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengadakan kunjungan hormat ke atas Speaker Parlimen Uganda Anita Ammet Among hari ini, sempena penyertaan beliau ke persidangan kali ke-27 Conference of Speakers and Presiding Officers of The Commonwealth (CSPOC) di Kampala, Uganda, yang berlangsung hingga 6 Jan ini.
Elaun khas penjawat awam sebelum pelarasan gaji wajar dipertimbang

KUALA LUMPUR, 3 Jan: Biarpun berbaki setahun lagi untuk dilaksana namun komitmen yang ditunjukkan oleh Kerajaan MADANI bagi menambah baik skim upah lebih adil dan munasabah kepada penjawat awam sedikit melegakan 1.6 juta petugas di seluruh negara.
Amaran penyakit Legionnaires dikeluarkan di Sydney

SYDNEY, 3 Jan: Pihak berkuasa kesihatan New South Wales (NSW) Australia pada Rabu menasihatkan orang ramai yang berada di kawasan CBD Sydney sejak 10 hari lalu supaya berwaspada terhadap gejala penyakit Legionnaires, lapor Xinhua.
Fungsi, tugas, objektif dan matlamat J-KOM diselaras semula – Fahmi

PUTRAJAYA, 3 Jan: Fungsi, tugas, objektif dan matlamat Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang kini di bawah seliaan Kementerian Komunikasi akan diselaras semula.