Ekonomi Malaysia perlihat tanda positif pada Oktober 2023 – DOSM
KUALA LUMPUR, 29 Dis: Ekonomi Malaysia telah mengekalkan pertumbuhan positif sepanjang tiga suku pertama 2023 dan menunjukkan tanda positif pada Oktober, diterajui oleh pengeluaran perindustrian dan jualan runcit, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Tiga anggota polis PGA didakwa curi wang RM85,000 dalam premis perniagaan
KUALA LUMPUR, 29 Dis: Tiga anggota polis daripada Pasukan Gerakan Am didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan mencuri wang tunai berjumlah RM85,000 di sebuah premis perniagaan ketika menjalankan operasi bersepadu membanteras warga asing, Khamis lepas.
Ah Long simbah cat merah rumah peminjam, tiga jiran
KEPALA BATAS, 29 Dis: Sekurang-kurangnya empat rumah di Taman Kuala Bekah di sini dilaporkan terkena simbahan cat merah dipercayai dilakukan pemberi pinjaman wang haram atau Ah Long pada awal pagi Rabu (27 Disember).
Dua maut, ibu dan bayi cedera dalam kemalangan di Jalan Kimanis-Keningau
KOTA KINABALU, 29 Dis: Dua lelaki maut manakala seorang ibu dan bayinya cedera apabila kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori tiga tan di Batu 16, Jalan Kimanis-Keningau dalam kejadian sekitar tengah malam tadi.
Setiausaha Agung PBB seru perpaduan sempena tahun baharu 2024
NEW YORK, 29 Dis: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres dalam perutusan video sempena tahun baharu menggesa semua pihak merenungi cabaran dan ujian yang dihadapi tahun lalu serta berharap perpaduan yang lebih kukuh untuk tahun hadapan, lapor Xinhua.