Kastam Perlis patahkan 286 aktiviti penyeludupan, nilai rampasan lebih RM5.98 juta tahun ini
PADANG BESAR, 29 Dis: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis berjaya mematahkan 286 aktiviti penyeludupan sepanjang tahun ini, membabitkan rampasan pelbagai barang seludup bernilai lebih RM5.98 juta, dengan nilai cukai dianggarkan RM3.85 juta.
Korea Selatan perkenal visa “workation” untuk warga asing berpendapatan tinggi
SEOUL, 29 Dis: Kerajaan Korea Selatan akan melancarkan visa “cuti sambil kerja” atau “workation” tahun depan bagi membolehkan warga asing melancong ke seluruh negara sambil bekerja jarak jauh, lapor Yonhap memetik Kementerian Kehakiman pada Jumaat.
UNRWA beri amaran 40 peratus penduduk Gaza berisiko kebuluran
BAITULMAQDIS, 29 Dis: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) memberi amaran bahawa bantuan yang dibawa masuk ke Semenanjung Gaza tidak mencukupi, menyebabkan 40 peratus penduduknya “berdepan kebuluran” susulan sekatan Israel terhadap kemasukan trak bantuan.
Tiga fokus utama FAM pada 2024
KUALA LUMPUR, 29 Dis: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjadikan tiga pertandingan antarabangsa melibatkan skuad Harimau Malaya dan skuad Bawah 23 Tahun (B-23) sebagai fokus utama badan induk itu tahun depan.
Sekolah antarabangsa: Pelaburan tinggi membangunkan modal insan berkualiti
KUCHING, 29 Dis: Pembinaan lima sekolah antarabangsa merupakan pelaburan tinggi dalam pembangunan modal insan berkualiti oleh Kerajaan Sarawak, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee.