Warisan nafi dapat dana daripada sindiket pengedaran dadah di Sabah
KOTA KINABALU, 27 Dis: Parti Warisan (Warisan) hari ini menafikan sekeras-kerasnya tuduhan pihak tertentu, yang mendakwa kononnya parti itu mendapat dana atau mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah terbesar di Sabah.
Ringgit catat prestasi tidak menentu 2023, namun penurunan dihadkan asas ekonomi kukuh
KUALA LUMPUR, 27 Dis: Ringgit mencatatkan prestasi tidak menentu pada 2023, namun asas ekonomi negara yang kukuh dan semakin bertambah baik telah membantu menyokong mata wang tempatan daripada terus menyusut berbanding dolar AS.
Sifar karbon: Kos tinggi punca penggunaan bas elektrik masih rendah
KUALA LUMPUR, 27 Dis: Meskipun Malaysia komited menjadi negara sifar karbon menjelang tahun 2050, namun ia perlu penyelesaian tuntas berhubung cabaran dalam pelbagai sektor termasuk industri pengangkutan awam yang masih lagi beroperasi secara konvensional.
Banjir landa dua lagi negeri, 28,310 mangsa seluruh negara setakat 6 pagi – NADMA
KUALA LUMPUR, 27 Dis: Jumlah mangsa banjir dipindahkan di enam negeri yang terjejas banjir terus meningkat kepada 28,310 orang setakat 6 pagi ini berbanding 25,938 orang petang semalam dengan Johor dan Sabah menjadi negeri terbaharu dilanda bencana itu.
Peserta piket solidariti Palestin dinasihat tidak berkhemah berhampiran Kedutaan AS
KUALA LUMPUR, 27 Dis: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati peserta piket solidariti untuk Palestin supaya tidak mendirikan sebarang struktur atau khemah berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jalan Tun Razak di sini, sepanjang himpunan itu berlangsung selama enam hari bermula malam tadi.