KPWKM tumpu pembangunan dasar pastikan khidmat berkualiti untuk semua – Nancy

PUTRAJAYA, 24 Dis: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan memberi tumpuan kepada pembangunan dasar dan program bagi menangani pelbagai keperluan penduduk daripada penjagaan kanak-kanak hingga warga emas, memastikan akses dan perkhidmatan berkualiti tinggi untuk semua pada masa hadapan.