Anggota polis maut motosikal terbabas semasa bertugas

IPOH, 18 Dis: Seorang anggota polis maut selepas motosikal ditungganginya terbabas ketika sedang menjalankan tugas di Jalan Kampung Cina Pantai Remis, Manjung dekat sini hari ini.
Tahanan wanita mati dalam lokap kerana radang paru – paru, jelas Bukit Aman

KUALA LUMPUR, 18 Dis: Wanita yang dilaporkan meninggal dunia ketika dalam tahanan reman polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi, Kedah, kelmarin, disahkan disebabkan radang paru-paru (pneumonia) dan tiada sebarang kecederaan berunsur jenayah.
Abang Johari luluskan peruntukan pembangunan hampir RM84 juta di Tamin sejak 2018

SELANGAU, 18 Dis: Pekan ini mengalami pembangunan yang ketara dalam tempoh lima tahun selama tampuk pentadbiran Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diketuai oleh Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Selangau dicadangkan sebagai pekan satelit

SELANGAU, 18 Dis: Pekan ini dicadangkan agar dijadikan sebagai pekan satelit kepada pelbagai industri yang terdapat di Bintulu.
Lawatan Anwar ke Jepun berjaya tarik potensi pelaburan bernilai RM6.56 bilion

TOKYO, 18 Dis: Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jepun sempena sidang kemuncak peringatan ASEAN-Jepun berjaya menarik potensi pelaburan bernilai RM6.56 bilion.
Abang Johari serahkan Pingat Perkhidmatan Setia Bahagian Sibu kepada 298 penerima

SIBU, 18 Dis: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Pingat Perkhidmatan Setia Bahagian Sibu di sini, hari ini.
COVID-19: Kerajaan tidak bercadang ulangi PKP

PUTRAJAYA, 18 Dis: Kerajaan tidak bercadang mengulangi sekatan yang pernah dilaksanakan sebelum ini seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meskipun berlaku peningkatan kes COVID-19 ketika ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Industri nanas negara berpotensi dikembangkan di Sarawak

JOHOR BAHRU, 18 Dis: Industri nanas negara berpotensi dikembangkan di Sarawak memandangkan kesesuaian tanah gambut dan mineral yang terdapat di negeri itu, kata Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Sheikh Umar Bagharib Ali.
7,410 port jalur lebar berkelajuan tinggi di bawah Projek Pop sedia dilanggan di Sarawak

KUCHING, 18 Dis: Sebanyak 7,410 port jalur lebar gentian optik berkelajuan tinggi di bawah projek Point of Presence (PoP) Kementerian Komunikasi telah dibangunkan dan sedia dilanggani oleh penduduk di Sarawak.
Laluan masuk baharu ke pekan Selangau akan dibina menerusi Pan Borneo – Abang Johari

SELANGAU, 18 Dis: Kerajaan Sarawak akan membina laluan masuk baharu ke Pekan Selangau menerusi Lebuhraya Pan Borneo.