Tiga maut, beberapa cedera dalam gempa bumi Haiti

PORT AU-PRINCE (HAITI), 6 Jun: Gempa bumi berukuran 4.9 magnitud menggegarkan bahagian barat Haiti, hari ini.
Polis berkas lelaki ketuk kepala pemandu wanita

IPOH, 6 Jun: Seorang penyelia kilang diberkas polis berhubung insiden memukul kepala seorang wanita dengan tangan selepas berlaku pertengkaran mulut antara mereka yang tular di media sosial hari ini.
Elavarasan masih diberi mandat kemudi Harimau Muda

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman berkata, hasil daripada mesyuarat diadakan hari ini, tiada perubahan teknikal dibuat badan induk bola sepak negara itu bagi skuad muda yang diletakkan sasaran untuk layak ke Piala Asia B-23, tahun hadapan.
Cermin kenderaan dipecah along, lima jiran rugi RM5,000

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian bermula 7 pagi pada 22 Mei lepas ketika lelaki berusia 42 tahun itu berada di rumah sebelum dikejutkan jiran yang menyatakan bahawa cermin hadapan kereta lelaki itu dan empat kereta jiran lain telah dipecahkan.
MAG tawar penerbangan tambahan semasa Hari Raya Aidiladha

KUALA LUMPUR, 6 Jun: Syarikat penerbangan di bawah Malaysia Aviation Group Bhd (MAG), Malaysia Airlines dan Firefly, akan menawarkan penerbangan tambahan bagi tempoh perjalanan semasa Hari Raya Aidiladha, bermula dari 23 Jun hingga 6 Julai ini.
Anwar lawat Petronas, dengar taklimat berhubung industri minyak dan gas negara

KUALA LUMPUR, 6 Jun: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan lawatan kerja ke Petronas di Menara Berkembar Petronas dan diberi taklimat berhubung industri minyak dan gas oleh syarikat petroleum nasional itu.
Lapan balai bomba baharu untuk kawasan luar bandar, pedalaman Sarawak

KUALA LUMPUR, 6 Jun: Lapan permohonan bagi pembinaan balai bomba baharu di Sarawak telah dibuat bagi meningkatkan capaian perkhidmatan kebombaan di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Konvoi Sarawak Merdeka satukan pelbagai kaum

BELURU, 6 Jun: Konvoi sempena 60 Tahun Sarawak Merdeka ke Telang Usan dan Beluru dapat menyatukan pelbagai kaum di sebuah rumah panjang hari ini.
Perahu Laju gegar Sungai Lawas hujung minggu ini

LAWAS, 6 Jun: Peserta dari Lawas, Limbang, negara Brunei Darussalam, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dijangka bakal menggegar Sungai Lawas sempena penganjuran Pertandingan Perahu Laju 15 Kuasa Kuda (HP) Sabtu ini.
Komuniti Dayak tunggu pengumuman PM malam esok – Uggah

KUCHING, 6 Jun: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membawa berita baik buat komuniti Dayak selaras dengan konsep Malaysia Madani sempena kunjungannya ke Sarawak menghadiri Perayaan Gawai Dayak 2023 di Pusat Konvesnyen Borneo Kuching (BCCK) malam esok.