Lelaki Kanada maki hamun dan tunjuk isyarat lucah disiasat

KUALA LUMPUR, 19 April : Polis membuka kertas siasatan berhubung insiden seorang lelaki warga Kanada yang mengeluarkan kata-kata kesat dan menunjukkan isyarat lucah kepada pengawal keselamatan sebuah pasar raya di Jalan Ampang di sini, akibat ditegur kerana tidak memakai pelitup muka.

Polis lepaskan lima das tembakan selepas dirempuh

KUANTAN,19 April : Polis terpaksa melepaskan lima das tembakan bagi menyelamatkan diri selepas kenderaan dinaiki mereka dirempuh pemandu kereta Proton Perdana di Lorong Air Putih 130 di sini malam tadi. 

Thailand: 1,917 nahas jalan raya, 277 kematian, dalam tempoh 7 hari Songkran

BANGKOK, 19 April :  Seramai 1,869 orang cedera manakala 278 lagi maut dalam 1,917 kes nahas jalan raya yang direkodkan sepanjang tujuh hari sambutan Songkran (seven dangerous days’ of Songkran) dari 11 hingga 17 April – termasuk dua hari sebelum dan selepas sambutan perayaan itu dari 13 hingga 15 April.